Saturday, November 26, 2011

Dongeng nasihat;)

Alkisah, setelah sepurnama lamanya si pungguk rindukan bulan....
Ku catatkan segugus bicara buat pedoman hari- hari muka.
Terdatanglah ia dalam beberapa dongeng nasihat =)

1. Jadilah manusia yang bersyukur

Pepatah Melayu ada mengatakan 'ukur baju di badan sendiri'. Kenapa, aku nak merujuk pepatah ini? Sebab sedarkah kita  dlm kita menjalani kehidupan sehari- harian kita kadangkala tidak sedar kita selalu mengeluh. Tidak cukup itu dan ini. Bertambah- tambah menggunung keluhnya bila melihat orang sebelah yang di mata kita lengkap serba serbi. Kita mula merungut, mengapa hidup kita tak ditakdirkan sesenang itu. Tapi kita lupa, kejadian Allah itu penuh hikmah, Dia maha tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. Maka belajar bersabar dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik:)

….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

2. Menghormati sesama manusia..

Bercakap pasal hormat, mungkin ia perkara yang cukup subjektif. Ada banyak taksiran hormat, terpulang kepada setiap individu. Ada yang berpandangan yang lebih muda harus menghormati golongan yang lebih tua. SETUJU! Sangat setuju. Tapi aku ada persoalan, adakah ini bermakna yang lebih tua tidak perlu menghormati yang lebih muda?? TIDAK! Sedarlah, rakan- rakan jika kita mahu orang lain menghormati kita, kita terlebih dahulu harus menghormati dan menghargai orang lain. Tidak kira apa jua pangkat kita, sekaya manapun kita dan setua mana pun kita...ia tidak pernah memberi kita kelebihan untuk tidak menghormati orang lain. Jadi jangan komplen kalo depan rumah kau orang letak taik, jika semalam ko kencing kat pagar rumah orang. Dapat x???






3. Muhasabah diri

Pernah tak kita menyalahkan orang lain jika sesuatu yang tidak kita ingini berlaku? Mungkin ramai diantara kita yang pernah mengalami pengalaman ini. Tidak terkecuali diri aku.

"Kalah ini semua sebab ko, kalau ko tak bagi analogi bodoh mesti kita menang da match ni...grrrrr!"
" Ini semua sebab mulut dia lah, kalo tak coach takkan tahu...ish annoyingla!"

Ini adalah 2 contoh yang sempat aku fikir, mungkin yang dekat dengan aku. Kita selalu sangat  menuding jari ke arah orang lain. Pernah atau tidak kita terfikir, bahawa kadangkala kita juga menyumbang ke arah berlakunya sesuatu perkara tu.
Janganlah mudah melatah, tidak guna salahkan orang lain kerana kita sebenarnya sedang bermain dengan api. kita sebenarnya sedang menyiram petrol di unggun api yang sedang menyala. Pernah tidak kita fikirkan perasaan orang yang kita salahkan????Obviouslylah tak kan!
Gunakan kewarasan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Insya Allah kita tidak akan terus berkeluh kesah sendiri. Ingatlah sesungguhnya 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'..
Jangan hancurkan ukhwah hanya kerana kelancangan mulut kita. Allah tidak suka orang yang memutuskan silaturrahim. dan ingatlah, jika kita berdosa kepada Allah,kita masih mampu untuk bertaubat dan memohon keampunan kepadaNya.
Tetapi jika kita berdosa terhadap manusia, dosa itu tidak mungkin terhapus jika insan yang kita pernah sakiti hatinya tidak memaafkan kita. Muhasabahlah diri kita dan sentiasa berwaspada dalam pertuturan dan perbuatan. Jangan asyik nak salahkan orang lain je. Kita masih punya waktu. Insya Allah kita sama-sama berusaha untuk berubah:)

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ………."Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya"………


Begitulah tiga kisah sekembali ini, yang baik jadikan pedoman yang buruk jadikan sempadan=)
 






   

No comments: