Friday, February 18, 2011

Aku cuma punya ini buat kamu...

Kawan,
Tuhan takkan uji kita dengan sesuatu yang tak mungkin tertanggung di pundak ini,
Cukuplah tangis dan sesal kau selama ini,
Berhenti menangis, usah sia- siakan airmata mu,
Kalau dia hilang hidupnya, itu bukan lagi t/jwb mu jauh sekali jadi liabiliti mu,
Kau punya masa depan,
Bukankah dulu kau kata tak mahu menoleh kebelakang lagi??? Move onkan???
Kau fikir kami- kami ini tak lelah lihat kau tersungkur begitu?
Kau ingat kami bisa duduk senang lenang saat hati mu dirobek- robek oleh dia???
Kau ingat kami tak tahu tiap kali kau buat- buat gembira???
Kami nampak, kami lihat semuanya,
Dari saat kau dibuai mimpi hingga tika kau dihenyak, dihentak dan hingga kini tika kau mahu bangkit semula...kami nampak!!!!

Sudah, cukuplah raung mu untuk seorang manusia bernama lelaki itu,
Mungkin ini jalan cerita mu, jangan tangis, jgn sesal lagi,
Tuhan mahu ajar kau sesuatu, supaya kau kuat...
Kau masih punya ummi, punya abah, kakak dan abng...malah kami- kami ini andai kau nampak dari kelmarin dulu teguh berdiri sebelah kamu...
Sudahlah, berhenti menangis. Yakinlah...pelangi indah akn muncul selepas hujan:)

3 comments:

Anonymous said...

we will always be standing right next to you girlfriend! stay awesome <3 till death.

Eyna said...

yup:)

AMMW said...

:'(