Selama mana aku bernafas, aku letakkan engkau di celah- celah hidupku,
Walau kadang tak nampak, tapi kau tak pernah hilang.
Entah kenapa setia aku berdiri di sini, menunggu kau,
Aku pernah penat, aku pernah putus asa,
Bohong jika aku tidak pernah rasa semua itu.
Tapi aku masih jua tidak pergi, aku masih di sini,
Cuma kau yang tak pernah tahu sebab kau tak pernah menoleh ke belakang sejak pemergian dulu,
Aku sangat berharap kau dapat berpaling walau sekilas, cukup sekali saja,
Biar kau tahu betapa degilnya aku demi kau.
Walau sampai akhirnya, aku tahu aku perjuangkan bukan untuk sesuatu.
Sunday, November 27, 2011
Saturday, November 26, 2011
Dongeng nasihat;)
Alkisah, setelah sepurnama lamanya si pungguk rindukan bulan....
Ku catatkan segugus bicara buat pedoman hari- hari muka.
Terdatanglah ia dalam beberapa dongeng nasihat =)
1. Jadilah manusia yang bersyukur
Pepatah Melayu ada mengatakan 'ukur baju di badan sendiri'. Kenapa, aku nak merujuk pepatah ini? Sebab sedarkah kita dlm kita menjalani kehidupan sehari- harian kita kadangkala tidak sedar kita selalu mengeluh. Tidak cukup itu dan ini. Bertambah- tambah menggunung keluhnya bila melihat orang sebelah yang di mata kita lengkap serba serbi. Kita mula merungut, mengapa hidup kita tak ditakdirkan sesenang itu. Tapi kita lupa, kejadian Allah itu penuh hikmah, Dia maha tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. Maka belajar bersabar dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik:)
….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
2. Menghormati sesama manusia..
Bercakap pasal hormat, mungkin ia perkara yang cukup subjektif. Ada banyak taksiran hormat, terpulang kepada setiap individu. Ada yang berpandangan yang lebih muda harus menghormati golongan yang lebih tua. SETUJU! Sangat setuju. Tapi aku ada persoalan, adakah ini bermakna yang lebih tua tidak perlu menghormati yang lebih muda?? TIDAK! Sedarlah, rakan- rakan jika kita mahu orang lain menghormati kita, kita terlebih dahulu harus menghormati dan menghargai orang lain. Tidak kira apa jua pangkat kita, sekaya manapun kita dan setua mana pun kita...ia tidak pernah memberi kita kelebihan untuk tidak menghormati orang lain. Jadi jangan komplen kalo depan rumah kau orang letak taik, jika semalam ko kencing kat pagar rumah orang. Dapat x???
3. Muhasabah diri
Pernah tak kita menyalahkan orang lain jika sesuatu yang tidak kita ingini berlaku? Mungkin ramai diantara kita yang pernah mengalami pengalaman ini. Tidak terkecuali diri aku.
"Kalah ini semua sebab ko, kalau ko tak bagi analogi bodoh mesti kita menang da match ni...grrrrr!"
" Ini semua sebab mulut dia lah, kalo tak coach takkan tahu...ish annoyingla!"
Ini adalah 2 contoh yang sempat aku fikir, mungkin yang dekat dengan aku. Kita selalu sangat menuding jari ke arah orang lain. Pernah atau tidak kita terfikir, bahawa kadangkala kita juga menyumbang ke arah berlakunya sesuatu perkara tu.
Janganlah mudah melatah, tidak guna salahkan orang lain kerana kita sebenarnya sedang bermain dengan api. kita sebenarnya sedang menyiram petrol di unggun api yang sedang menyala. Pernah tidak kita fikirkan perasaan orang yang kita salahkan????Obviouslylah tak kan!
Gunakan kewarasan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Insya Allah kita tidak akan terus berkeluh kesah sendiri. Ingatlah sesungguhnya 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'..
Jangan hancurkan ukhwah hanya kerana kelancangan mulut kita. Allah tidak suka orang yang memutuskan silaturrahim. dan ingatlah, jika kita berdosa kepada Allah,kita masih mampu untuk bertaubat dan memohon keampunan kepadaNya.
Tetapi jika kita berdosa terhadap manusia, dosa itu tidak mungkin terhapus jika insan yang kita pernah sakiti hatinya tidak memaafkan kita. Muhasabahlah diri kita dan sentiasa berwaspada dalam pertuturan dan perbuatan. Jangan asyik nak salahkan orang lain je. Kita masih punya waktu. Insya Allah kita sama-sama berusaha untuk berubah:)
Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ………."Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya"………
Begitulah tiga kisah sekembali ini, yang baik jadikan pedoman yang buruk jadikan sempadan=)

=)
Untuk sekian kalinya, aku kembali...
Dan Alhamdulillah, walau tidak yang terbaik...tapi satu penghormatan besar bagiku:)
Segala kisah,keluh dan kesah aku simpan jadi pedoman.
No issue man!
Apa jua kritikan, aku masih belajar....Alhamdulillah!

Tuesday, August 9, 2011
Ramadhan Karim~
Lama laman ini dibiarkan berhabuk,
Tiada kesempatan dan ruang nampaknya,
Tapi kata orang kalau kita tak curi2 cari kesempatan sampai kesudah tak ketemu,
Jadi aku curi kesempatan yang sedikit ini untuk curi2 menulis di sini..
Ok kan??
Pejam celik2..kita dah pun memasuki bulan Ramadhan penuh barokah,
Maka aku seperti umat Muhammad yang lain amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengannya..Alhamdulillah!!
Mari sama- sama kita memanfaatkan peluang keemasan yg dikurniakan oleh Allah kepada kita ini...
Moga sama- sama kita diberkati...
Sebelum itu 10 jari aku susun memohon maaf andai ada salah dan silap...
Semoga segala ibadah diterima..Amin
Salam Ramadhan:)

Monday, June 27, 2011
Melihat bulan...
Pinjamkan aku sayapmu wahai sang unggas,
Biar aku terbang ke kaki langit,
Agar aku bisa memerhatikan dia walau kemana dia menghilang,
Pinjamkan aku segarmu sang bayu,
Biar aku bisa menerpa di pipinya,
agar aku dapat bisikkan betapa rindu aku pada kasihnya,
Wahai unggas, bisikkanlah rindu ku padanya dlm setiap kicaumu,
Wahai sang bayu tenangkanlah dia pada setiap resahnya dgn segarmu,
Sesungguhnya, aku hanya bisa mengirimkan untaian doa buatnya,
Doa untuk kesejahteraannya, walau hanya dari kejauhan.
Wednesday, June 22, 2011
Sunday, May 22, 2011
I'm back:)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama rasanya laman ini aku biarkan bersawang, bukan dah xda passion tapi tak berkesempatan. Sebelum itu aku nak mengucapakan "Selamat Hari Ibu" untuk semua para ibu di luar sana w/p aku tau dah basi pun sambutannya. Tapi apa salahnya, bagi aku hari2 sepatutnya kita kenang dan raikan ibu/mama/ummi/mummy/mak kita sebab jasa dia terlalu besar, sampai mati pun kita tak akn mampu untuk m'balasnya. Untuk mak aku 'Terima kasih mak atas segala pengorbanan yg mak dah lakukan untuk besarkan kami, Allah je yg mampu balas jasa mak' dan untuk mama 'Selamat Hari Ibu mama, I love You! Whoever and wherever I am I always love you'..
Bestkan ade 2 ibu=)
Sekadar nak melepaskan gian untuk menulis..entry aku kali ini bukan tentang apa2, cuma tentang hidup aku waktu ini. Memilih untuk megikuti pengajian sepanjang semester pendek@short sem mmg akan buat hati aku jadi munafik (literally ya). Mana taknya sebelum habis sem lepas, semangat dan penuh keyakinan aku nak buat s.sem.Tak nak otak overload konon, tapi bila sorang- sorang dan mati kering kat bilik waktu s.sem ni, rasa ini bukan keputusan yg tepat. Nampak x? munafiknya hati. Manusia mmg tak pernah berpuas hati. Maka untuk jadi orang yg bersyukur, aku cuba cari dari segenap sudut sesuatu yang boleh jadi 'feveret' ku, maka aku jumpa. Ya hari ini, setelah hampir 2 minggu menjalani semester pendek..akhirnya aku jumpa!
Jauh sekali dari jangkauan akalku, jauh sekali dari keriuhan dunia, jauh sekali sebenarnya dgn gaya hidupku selama ini. Aku jumpa sesuatu yg telah hilang berbelas tahun dahulu. Sesuatu yg aku pernah di dalam 'nya'. Aku mula sedar dari aku memaki hamun connection internet yg lembab gila, dari aku berpeleseran menghabiskan duit, pilihan ini lebih menguntungkan. Jauh lebih menguntungkan. Maka aku berdoa, moga kali ini 'dia' tidak lagi pergi meninggalkan aku.
Cukuplah untuk kali ini, aku berdoa segalanya akan baik dan berjalan lancar sepanjang s.sem ni. Bertemankan kawan2 dan doa mak biar aku terus gagah jalankan t/jwbku. Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)