Monday, September 21, 2015

Mungkin,aku hanya terlalu penat

Mungkin, aku hanya terlalu penat
Dengan setiap perkara yang tiba-tiba
2-3 hari ini aku selalu rindukan AIKOL,
Maybe, I should take a break & back to school.
MAYBE

Friday, September 18, 2015

Sakit lagi

Tipulah kalau cakap x sakit,
Sikitlah...
Kan dah cakap aku mmg fail bab hati ni,
Sendiri cari pasal.
Tapi nasib baik sakit dia sikit je, 0.1%
Ahh,damn!!!!!

Friday, September 11, 2015

Duapuluhlima

Duapuluhlima.
Fasa apa yang sedang aku lalui dalam hidup aku sekarang?

Duapuluhlima,
Makcik-makcik cakap dah anak dara tua. Siallah!

Duapuluhlima.
Aku sedang menggalas satu tanggungjawab besar.Tanggungjawab sebagai seorang dewasa

Duapuluhlima.
Aku rasa hidup aku sekarang bukanlah semata untuk kepuasan aku. Banyaknya!!!!!!!!hati nak kena jaga.

Duapuluhlima.
Aku rasa hidup ini bukan untuk aku.

Cuma satu tentang DUAPULUHLIMA yang aku suka,aku jatuh cinta lagi...Eh, babila..hahaha




P/s:Perkataan x bertapis, x melambangkan kehidupan sebenar penulis

Sunday, November 3, 2013

Monday, October 7, 2013

Tolong jagakan dia

Ini mungkin akan menjadi entry yang paling x move on,
Ah, lantak!
Aku cuma ada satu permintaan,
Tolong jagakan dia,
Ya, kamu! Wanita yg curi hatinya ketika ini,aku titip kekasihku padamu,
Jagalah seperti kamu menjaga dirimu sendiri,
Jadikanlah dia lelaki paling bahagia,
Jadilah pendamping paling nyaman saat dia jatuh terpuruk,
Berikanlah dia cinta yang paling tulus,
Bimbinglah dia bila egonya menguasai kewarasannya,
Dan yang paling utama jadilah tulang belakang bagi setiap kejayaannya,
Kerana aku tak mungkin, x mungkin bisa lakukan semua itu.


Monday, September 16, 2013

Sampai bila?

Sampai detik ini aku masih lagi curi2 lihat kamu.
Yes! Masih. Nak kata selalu, tak jugak..dependslah,
Tapikan, aku harap sangat kau x marah perangai aku ni.
Memanglah buruk tapi nak buat macamane???
Aku pon selalu tanya, "sampai bila"???
sampai bila nak hidup begini, x move on.
Kadang terfikir mungkin ini satu hukuman,
Tapi sampai bila?
Ye, sampai bila?
Sakit tau tak!
Tapi itulah, setia yang x bertempat,
Kesian, kesian..aku mmg kesian pada diri aku sendiri.
Cepatlah, cepat. Bawa aku pergi!

*ditaip ketika jiwa kacau

Friday, September 13, 2013

Hye, lagi!!!

Tengok last entry aku dah setahun lebih x menulis.
Fuhh!!!Bersawang teruk ni! Kalau ade anak.. dah pandai jalan dah ni..hehe.
Bukan lupa menulis, tapi malas!
Harini rasa nk menulis tu meluap- luap pule. Bosan lettew :p, sebab sem baru je bermula,
Oh ya, aku dah final sem ni, InsyaAllah :)
Maka, izinkanlah aku kembali ke pangkuan blog ini semula,
Pasal kekerapan nk menulis tu, x payah tanyelah sbb aku pon xtau..hihi
Oklah, selamat berjumpa di entry2 akan datang..

Sunday, April 22, 2012

Terjunam.....

Dalam situasi sekarang rasanya aku sudah malas mahu ambil pusing,
Nak marah, marahlah. Tak mahu bersua muka pun tak ape,
Kalau rasa terpaksa nak bertegur sape pun tak payahla buka mulut, kita bagi wktu,
Berapa banyak waktu yang kita perlu?Tunggu dan lihat je lah,
Dari kita terus mengeruhkan keadaan biar ia reda sendiri,
Aku pun belum ade 'gout' nk round table....
Semoga baik2 saje..

Wednesday, April 4, 2012

Jalan yang Kau Pilih

Setelah aku pilih jalan ini,
Baru aku tahu bukan mudah, berat terbeban pundak ini,
Ditambah pula dengan ragam manusia yang tak mahu belajar meletakkan dirinya dalam kasut aku...pergh!Kadang buat aku baran,
Tapi aku malas ambil pusing, biarlah. Tuhan itu sayang akan orang- orang yang sabar,
Aku akan terus melangkah di jalan ini,sebab ini yang aku pilih,
Payah macamane pon, kau dah pilih, dan Yang Di Atas pasti sudah merancang yang terbaik buat aku,
Walau kadang aku rasa banyak sungguh yang aku harus belajar untuk korbankan atau tidak aku yang terkorban.

"Bismillahirrahmanirrahim....Allah, permudahkan perjalanan aku ini"...amin

Monday, April 2, 2012

Lelaki

Sebab aku kecewa dengan namanya lelaki,
Dari yang mencuri hati hingga sekadar pengisi sunyi,
Cilaka!!!

Wednesday, March 28, 2012

Hello 22nd =)

Early post sempena bufday saye yg ke-22 besok...hihihihi,
Bukan eksaited, tapi terlanjur ade kelapangan ape salahnye dok?;)
Tahun ni saye bersyukur sangat sbb bufday jatuh tarikhnye waktu midbreak..Hoyeahhh!!!!
Boleh celebrate dgn family *dancing*
And mak is super eksaited,sbb besok ni betul2 hari saye dilahirkan 4 ptg, Khamis, 29 Mac 1990!!!!
Itulah yg tercatat kat surat beranak, betul ke tidak,wallahualam:)

Sempena besday ni, saye mohon kepada Yang Esa...berikanlah kebahagiaan dunia &akhirat untuk family saye,
Biarlah kami sentiasa bersama dalam susah dan senang dan nk doa cepat dapat jodohla;) hihihi...kiddin'
Oklah,sape2 yg terbace ape yg saye merepek ni doakanlah saye sempat lagi bertemu dengan 29 March tahun depan ye....amin

Saturday, March 17, 2012

Kerana aku sanggup

Mungkin untuk yg keratusan kalinya...ini yang harus aku pilih.

Friday, March 16, 2012

Be strong

Berkali- kali...masih kosong.
Jari- jemari sudah tidak mampu untuk menzahirkan kata hati.
Payah rasanya untuk merungkaikan apa yang membelenggu jiwa.
Kadang kosong, kadang terlalu bingit, kadang aku spt hilang rasa,
Semua rasa ini bergilir- gilir menemani siang dan malam ku.
Entah bagaimana aku sembunyikannya, aku sendiri bingung.

Cuma aku tahu, dalam setiap lelahku, dalam setiap putus asa ku, aku tak sendiri,
Mujur aku tak hilang pedoman.Aku tahu aku punya Tuhan tempat aku rungkaikan semua keluh kesahku.
Hanya pada-Nya aku berpaut!Bukan aku tegar,bukan aku tak pernah rapuh!Tapi aku tak mahu semua itu menghancurkan diriku.

Terlalu banyak yang harus aku hadapi,terlalu banyak lagi dugaan yg maha berat menanti, aku tak boleh jadi bunga yang begitu mudah layu. Aku harus tegar.Aku harus punya jiwa serikandi,
Untuk menempuhi semua ini, aku harus yakin diri. Sesungguhnya Allh bersama orang yang sabar

Sunday, February 12, 2012

Hellooo...new semester:)

Alhamdulillah..I'm officially 3rd year student of AIKOL =)
Now, bigger challenges waiting for me....but as long as my lovers always  by myside; I'll be fine...
I hope this sem running smoothly...and my biggest thank to Allah cos I'm no longer tied up with niche...yeay:)
Ya Allah guide me along this sem so, I didnt fall in the same whole for 2nd time....
Praying for the best as 3rd year student...aminn:)

Sunday, January 15, 2012

Hip hip hooorayy:)

Hello...hello:)

I'm done with my second year in Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law,IIUM...
Hello 3rd year looking forward to you...
Semoga segalanya smooth & on da track! Nak grade in 4 years je hoyy!!!:)
Now, Penang is waiting for me=)
Happy hols everyone, take care.
Don't miss me okayy? >.<

Sunday, January 8, 2012

Have fun babeyh;)

3 Januari 2012, selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar SMKA Nibong Tebal:)
Selamat Maju Jaya Siti Nor Fairah, anak saudara merangkap rakan sepermainan..hihihi...
No more tv, no more washing machine, no more games..blaja hidup berdikari ye..kuikuikui~
 Love you <3



 She's in blue, lady in grey tu mak die.muda kan?;)

Tuesday, January 3, 2012

Hap hap happy New Year:)

Terlambat 3 hari, tetap nk tulis 'Happy New Year 2012'...
Aku mulakan tahun baru dengan menyenaraikan 4 azam baru...
Tapi malulah nk bagitau kat sini...hihihi
Semoga tahun baru bawa berkat untuk kita semua...aminn

p/s: Amboi kemain mike ni ea, tok sedor final exam esok luse nih,
Cene azam nk tercapai???kbai;)

Sunday, November 27, 2011

Sampai akhirnya...tak tergapai.

Selama mana aku bernafas, aku letakkan engkau di celah- celah hidupku,
Walau kadang tak nampak, tapi kau tak pernah hilang.
Entah kenapa setia aku berdiri di sini, menunggu kau,
Aku pernah penat, aku pernah putus asa,
Bohong jika aku tidak pernah rasa semua itu.


Tapi aku masih jua tidak pergi, aku masih di sini,
Cuma kau yang tak pernah tahu sebab kau tak pernah menoleh ke belakang sejak pemergian dulu,
Aku sangat berharap kau dapat berpaling walau sekilas, cukup sekali saja,
Biar kau tahu betapa degilnya aku demi kau.
Walau sampai akhirnya, aku tahu aku perjuangkan bukan untuk sesuatu.

Saturday, November 26, 2011

Dongeng nasihat;)

Alkisah, setelah sepurnama lamanya si pungguk rindukan bulan....
Ku catatkan segugus bicara buat pedoman hari- hari muka.
Terdatanglah ia dalam beberapa dongeng nasihat =)

1. Jadilah manusia yang bersyukur

Pepatah Melayu ada mengatakan 'ukur baju di badan sendiri'. Kenapa, aku nak merujuk pepatah ini? Sebab sedarkah kita  dlm kita menjalani kehidupan sehari- harian kita kadangkala tidak sedar kita selalu mengeluh. Tidak cukup itu dan ini. Bertambah- tambah menggunung keluhnya bila melihat orang sebelah yang di mata kita lengkap serba serbi. Kita mula merungut, mengapa hidup kita tak ditakdirkan sesenang itu. Tapi kita lupa, kejadian Allah itu penuh hikmah, Dia maha tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. Maka belajar bersabar dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik:)

….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

2. Menghormati sesama manusia..

Bercakap pasal hormat, mungkin ia perkara yang cukup subjektif. Ada banyak taksiran hormat, terpulang kepada setiap individu. Ada yang berpandangan yang lebih muda harus menghormati golongan yang lebih tua. SETUJU! Sangat setuju. Tapi aku ada persoalan, adakah ini bermakna yang lebih tua tidak perlu menghormati yang lebih muda?? TIDAK! Sedarlah, rakan- rakan jika kita mahu orang lain menghormati kita, kita terlebih dahulu harus menghormati dan menghargai orang lain. Tidak kira apa jua pangkat kita, sekaya manapun kita dan setua mana pun kita...ia tidak pernah memberi kita kelebihan untuk tidak menghormati orang lain. Jadi jangan komplen kalo depan rumah kau orang letak taik, jika semalam ko kencing kat pagar rumah orang. Dapat x???






3. Muhasabah diri

Pernah tak kita menyalahkan orang lain jika sesuatu yang tidak kita ingini berlaku? Mungkin ramai diantara kita yang pernah mengalami pengalaman ini. Tidak terkecuali diri aku.

"Kalah ini semua sebab ko, kalau ko tak bagi analogi bodoh mesti kita menang da match ni...grrrrr!"
" Ini semua sebab mulut dia lah, kalo tak coach takkan tahu...ish annoyingla!"

Ini adalah 2 contoh yang sempat aku fikir, mungkin yang dekat dengan aku. Kita selalu sangat  menuding jari ke arah orang lain. Pernah atau tidak kita terfikir, bahawa kadangkala kita juga menyumbang ke arah berlakunya sesuatu perkara tu.
Janganlah mudah melatah, tidak guna salahkan orang lain kerana kita sebenarnya sedang bermain dengan api. kita sebenarnya sedang menyiram petrol di unggun api yang sedang menyala. Pernah tidak kita fikirkan perasaan orang yang kita salahkan????Obviouslylah tak kan!
Gunakan kewarasan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Insya Allah kita tidak akan terus berkeluh kesah sendiri. Ingatlah sesungguhnya 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'..
Jangan hancurkan ukhwah hanya kerana kelancangan mulut kita. Allah tidak suka orang yang memutuskan silaturrahim. dan ingatlah, jika kita berdosa kepada Allah,kita masih mampu untuk bertaubat dan memohon keampunan kepadaNya.
Tetapi jika kita berdosa terhadap manusia, dosa itu tidak mungkin terhapus jika insan yang kita pernah sakiti hatinya tidak memaafkan kita. Muhasabahlah diri kita dan sentiasa berwaspada dalam pertuturan dan perbuatan. Jangan asyik nak salahkan orang lain je. Kita masih punya waktu. Insya Allah kita sama-sama berusaha untuk berubah:)

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : ………."Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya"………


Begitulah tiga kisah sekembali ini, yang baik jadikan pedoman yang buruk jadikan sempadan=)
 






   

=)

Untuk sekian kalinya, aku kembali...
Dan Alhamdulillah, walau tidak yang terbaik...tapi satu penghormatan besar bagiku:)
Segala kisah,keluh dan kesah aku simpan jadi pedoman.
No issue man!



Apa jua kritikan, aku masih belajar....Alhamdulillah!